Nampaknya ramai ibu yang mengeluh sebab anak diorang tak nak makan sayur. Jadi, admin kongsikan sikit cara-cara yang diamalkan, mana tahu boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu semua. kombinasi warna yang menarik bakal menarik perhatian anak Pertama jangan amik remeh soal pemakanan anak. Ini maksudnya, kalau anak kita tak nak makan, kita pun acuh tak acuh nak sediakan sayur dalam menu harian kita. Jangan ada mindset yang bukannya budak ni nak makan sayur pun, tak masak pun tak apa, tak payah beli pun tak apa. Kena istiqamah, sediakan sayur dalam setiap kali masa makan. Pastinya anak akan perasan kehadiran sayur jika setiap kali masa makan sayur ada disediakan. Kedua, kena mulakan tabiat makan sayur sejak dari awal. Seboleh-bolehnya semasa mengandung lagi ibu dah makan sayur. Semasa anak mula diajar makan, 6 bulan usianya, pastikan bubur anak dimasukkan sekali dengan apa-apa sayur pilihan. Masa ni, pa...