Nampaknya ramai ibu yang mengeluh sebab anak diorang tak nak makan sayur. Jadi, admin kongsikan sikit cara-cara yang diamalkan, mana tahu boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu semua.
![]() |
kombinasi warna yang menarik bakal menarik perhatian anak |
Pertama jangan amik remeh soal pemakanan anak. Ini maksudnya, kalau anak kita tak nak makan, kita pun acuh tak acuh nak sediakan sayur dalam menu harian kita. Jangan ada mindset yang bukannya budak ni nak makan sayur pun, tak masak pun tak apa, tak payah beli pun tak apa.Kena istiqamah, sediakan sayur dalam setiap kali masa makan. Pastinya anak akan perasan kehadiran sayur jika setiap kali masa makan sayur ada disediakan.
Kedua, kena mulakan tabiat makan sayur sejak dari awal. Seboleh-bolehnya semasa mengandung lagi ibu dah makan sayur. Semasa anak mula diajar makan, 6 bulan usianya, pastikan bubur anak dimasukkan sekali dengan apa-apa sayur pilihan. Masa ni, pastikan pilihan warna sayur dapat menarik perhatian anak kecil itu. Contohnya lobak merah, brokoli atau labu.
Ketiga, ikut selera anak. jika anak anda suka makan kicap, jadi sayur kangkung admin masak kicap. Memanglah kalau ikutkan selera kita ni, kangkung paling sedap dengan belacan, kan? tipsnya, Ikut sayur yang anak suka. Budak bukan suka peria, mungkin rasanya pahit. Kailan pun keras bagi gigi budak. Jadi, sediakan sayur yang manis atau sesuai macam lobak merah, putik jagung, cendawan, kangkong, timun, salad atau apa sahaja yang sesuai.
Keempat, gunakan kaedah psikologi bukan paksaan. Kanak-kanak ni mentalnya berkembang pesat setiap masa. Mereka banyak belajar melalui pemerhatian dan persekitaran mereka. Jadi, daripada kita paksa anak kita makan sayur, lebih sesuai dan berkesan kita pujuk anak makan sayur. Ibu ayah sekali perlu makan sayur dan kalau boleh makan sayur tu seolah-olah sedap sangat rasanya.
Ambil peluang ajar anak makan sayur ketika berada dengan saudara mara. Contohnya semasa balik ke kampung atau semasa perjumpaan keluarga. Kalau ramai yang datang tu makan sayur dengan seronok, admin yakin anak-anak yang liat untuk makan sayur pun akan terikut untuk makan sayur sebab mereka lihat orang lain semua makan sayur. Selain itu, bagitahu anak kita tentang kebaikan sayur ni.
Cakaplah kalau makan sayur akan jadi cantik, jadi kuat macam Boboiboy ataupun akan jadi pandai kalau makan sayur. Tak pun gunakan psikologi terbalik, masa anak demam atau mungkin masa ibu ayah sakit, bagitahu anak yang sakit tu sebab tak makan sayur. Lagi, puji anak setiap kali anak korang makan sayur. Barulah anak akan rasa tindakannya itu betul.
Kelima, masak dan makan sayur secara kreatif. Tak kira masak sendiri atau makan di restoran, ada caranya kalau kita nak galakkan anak makan sayur. Contohnya hari ni masak kangkung, esok masaklah pula acar timun dan lobak merah, lusa masak sup dengan cendawan atau selada air. kombinasi watna masakan tu kena ambil kira juga. Pastikan ianya menarik. Kalau korang makam di restoran stimbot, pastikan jangan ambil bebola dan daging sahaja. Ambil banyak-banyak sayur supaya di samping menikmati yang lainnya, anak juga akan mendapat serat yang diperlukan untuk pembesaran diorang. Masa makan pizza, pesan salad juga.
Jangan makan roti telur sahaja, sertakan sekali salad untuk dikunyah oleh anak-anak.
Budak budak kan suka makan mee berbanding nasi, jadi boleh masukkan sayur pilihan dalam mee diorang ni.
Yang terakhir yang saya sempat fikir petang ni ialah, manfaatkan teknologi. Korang download video cerita UPin Ipin yang bertajuk Sayur Hijau. Rasanya anak-anak yang tengok kisah ni akan tertarik nak makan sayur, seperti mana pengaruh makan paha ayam, bersunat yang sakit serta percakapan aku sebagai ganti diri.
Ok, boleh tak tu. Nampak 6 cara tapi kat dalam tu lebih lagi tau. Cubalah ye praktikkan dengan anak-anak. Paling penting jangan putus asa.Selamat mencuba ....
Comments
Post a Comment