Skip to main content

Kepentingan Menggalakkan Anak Berkreativiti



Pernahkah anda melihat anak-anak anda mewarna, melukis, menampal, menggunting atau pun mencantum? Bagaimana rupa mereka pada ketika itu? Anda pasti dapat melihat betapa fokusnya mereka ketika mereka mahu mewarna agar ia tidak keluar dari garisan atau mencampurkan warna kegemaran mereka agar ianya nampak cantik dan menarik. Sungguh bebas mereka waktu itu!

Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini.

Ada yang tidak pernah pun membenarkan anak-anak mewarna menggunakan warna air dan bebas melukis di atas kertas. Ibu bapa mungkin khuatir anak-anak akan membuat sepah. Namun bukankah kita boleh masukkan nilai-nilai murni seperti mengemas selepas menggunakannya dan menjadikannya syarat jika mahu menggunakan warna air. Berikut adalah kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti seni dan kraf:


1. Skil Komunikasi. Ketika anak melukis atau mewarna, mereka pasti akan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya bagi membantunya melaksanakan aktiviti tersebut. Mereka akan menyebut warna yang akan digunakan, menyatakan bentuk yang akan dilukis atau pun memberikan idea di manakah akan digantung lukisannya kelak. Mereka juga akan bertanya adakah lukisan mereka cantik kepada kita. Itu semua melibatkan skil komunikasi. Nyata sekali aktiviti sebegini merangsang anak-anak berkomunikasi dan menambah kosa kata mereka.

2. Skil sosial dan emosi. Apakah kaitan aktiviti aktiviti sebegini dengan skil emosi dan sosialnya? Lihat bagaimana anak kita berkongsi warna bersama adik beradik dan kawan-kawannya. Mereka akan berkomunikasi sesama mereka dan belajar sabar ketika menunggu giliran. Kadang kala mereka akan rasa kecewa kerana lukisan mereka dikatakan tidak cantik oleh kawan-kawan atau mungkin mereka sangat gembira ketika dipuji oleh ibu kerana mewarna dengan baik. Ini semua melatih emosi anak dan membuatkan mereka cepat matang.

3. Skil menyelesaikan masalah. Apabila mereka melakukan aktiviti kraf, pelbagai idea yang datang menerjah ke dalam fikiran mereka. Apa yang saya hendak buat? Apa warna yang catik untuk buah epal ini? Bagaimana saya mahu menjadikan ia bertambah menarik? Mereka akan mencuba cara yang terbaik atau pun mencari idea baru untuk menjadikan kraf mereka cantik dan menarik.

4. Skil motor halus. Aktiviti seni dan kraf sangat penting bagi meningkatkan skil motor halusnya. Memegang benda kecil dan halus, menggunting, menampal antara latihan yang dapat melatih skil motor halusnya. Ini sangat penting kerana jika otot-otot kecil seperti di jari tidak digerakkan dan dilatih, anak akan sukar membuat aktiviti seperti menulis, mewarna atau membutang baju.

 

5. Fokus. Aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk fokus dengan lebih lama lagi. Ini penting bagi meningkatkan daya tumpuannya terutama apabila mereka sudah melangkah ke alam persekolahan nanti.

6. Ekspesi diri dan kreativiti. Hebatnya seni dan kraf ini, kita dapat melihat emosi dan ekspresi anak pada waktu tersebut. Mereka melukis wajah ayah dan ibu kerana rindu yang teramat sangat atau melukis suasana kampung kerana ingin pulang ke kampung.

7. Mengeratkan hubungan. Luangkanlah masa bersama-sama anak-anak. Mereka pasti gembira jika kita dapat bersama-sama mereka melukis dan mewarna. Rasakan kebebasan serta keseronokan ini dan pasti mereka akan berkongsi dengan kawan-kawan bahawa ibu bapa mereka adalah yang paling 'cool' di dunia!

8. Tip mengurangkan aktiviti tidak berfaedah. Ada yang bertanya, bagaimana untuk mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau bermain permainan video. Inilah solusinya. Adakan aktiviti kraf ini bersama mereka. mereka pasti tolak televisyen dan gajet yang lain ke tepi.

Tunggu apa lagi duhai ibu bapa yang budiman. Rancanglah aktiviti ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Beli dan kumpul segala peralatan dan bahan. Kongsi kegembiraan dan rapatkan hubungan dengan anak-anak. Selamat berbahagia!

Semoga kita disayang Allah!

Sumber teks : Ashikin Hashim

Comments

Popular posts from this blog

Membina Kemahiran Kendiri (Cognitive Skill Development)

Bismillah Assalamualaikum Hari ni nak membebel, plus nak berkempen! Haha! Admin sebenarnya tengah fikir idea aktiviti apa lagi nak main dengan anak2 admin. Tetiba ja my brain macam ada bunyi 'toing!' .. haha! Ok, this january 2015, by 10/1/2015 (sabtu), admin akan anjurkan science class...best woo!!! Jap ea, admin dok copy paste dari fb admin.. haha! (pemalas benau nak menaip eh) : -  Bismillah... BUAT IBU BAPA YANG BERMINAT MEMBERI PENDEDAHAN BARU KEPADA ANAK2 ANDA : MESTI BACA InshaAllah, kelas playgroup siri 2 bakal berlangsung pada : Tarikh dan Masa : 10 Januari 2014 (Sabtu, 9.00 pagi - 11.00 tengahari) Lokasi : No. 3100, Taman PKNK, Alor Setar (tepi giant) 1- Water Bottle Fountain (Group A) 2- Jelly Fish in a Bottle (Group A) 3- Monster Toothpaste (Group B) 4- A Volcano (Group B) Modul pada hari tersebut : InshaAllah, 2 aktiviti akan diajar dalam tempoh 2 jam, kepada 2 group (Group A : 3 - 7 tahun) dan (Group B : 8 tahun ke atas), pada hari ...

Colored Sand Art : Bagaimana ia membantu meningkatkan perkembangan anak anda

Pernah tengok / dedahkan anak2 anda dengan aktiviti ini? Jarang? Tak pernah? Ni antara aktiviti yang diperkenalkan di Fitra Kids Studio pada mid term break kali ni. (sila rujuk post sebelumnya untuk info lanjut). Antara faedah daripada aktiviti ini ialah : 1- Menggalakkan anak - anak mengenal warna 2- Meningkatkan Skill Motor 3- Meningkatkan Kecekapan Penglihatan (Mata) 4- Melibatkan Kemahiran Perancangan dan Pengurusan 5- Meningkatkan Daya Imaginasi 6- Menawarkan Peluang kepada Kanak-Kanak untuk Membuat Pilihan Nak tengok hasil2 menarik colored sand art?

Ajar Anak-Anak Anda Kenal Huruf ABC

Sumber : PAMA Karangkraf Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis. Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca. Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak. Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah g...