

Adakah kita tahu anak kita adalah anak indigo ataupun tidak?
Jika kita menyedarinya dari awal, adalah lebih mudah, sebenarnya
Malah, kita amat beruntung mempunyai anak indigo (dalam kes admin, admin adalah ibu yang juga merupakan watak indigo, dan anak kedua admin juga anak indigo), Boleh baca artikel berkaitan untuk info lebih lanjut.
Apa yang admin nak share ialah, melalui ilmu dalam CVT, admin mempelajari bahawa golongan berwarna biru (makrifat) adalah golongan yang mempunyai kelebihan serupa. Nabi Adam as adalah daripada warna biru, yang mewakili unsur tanah (sudah tentulah, kerana baginda diciptakan daripada tanah) dan merupakan golongan yang membawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Justeru, golongan ini adalah golongan pemimpin dan sangat diperlukan (tanah adalah sumber kekuatan dan paksi kepada unsur2 lain)
Keadaan biru yang berdikari, mampu mendokong, bersifat sebagai pemimpin secara semulajadi, bijak dalam akademik, dan berpandangan jauh serta mampu menganalisa melebihi ruang lingkup perkara kebiasaan menjadikan karakter ini amat menonjol sejak kecil sehingga dewasa.
Admin amat beruntung kerana ibu bapa admin, walaupun mereka tidak mengetahui tentang ilmu metafizik dalam membesarkan admin, tetapi mereka bersifat terbuka dan sentiasa menyokong minat yang ditunjukkan oleh admin dalam apa jua perkara
Ingin menjadi seorang pemimpin / bos adalah cita2 admin dari kecil, dan atas dorongan ibu bapa, admin sememangnya seorang bos di tempat kerja sekarang ni! Percaya atau tidak, dengan cara memupuk minat anak2 indigo, memberikan kepercayaan kepada mereka untuk mencorakkan masa depan mereka, mendengar pandangan mereka, memberi mereka ruang untuk bereksperimentasi adalah cara yang amat baik untuk menggalakkan potensi mereka.
Anak2 indigo sebenarnya mudah ditangani, kerana mereka tidak perlukan supervision yang lebih sepertimana karakter lain. Sikap bertanggungjawab yang ada membuatkan mereka sentiasa di landasan yang betul, namun kita haruslah memberikan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan diri mereka.
Sukar nak dilakukan atau kita yang masih tidak ingin percaya kepada kebolehan anak2 kita?
Tepuk dada, tanya selera!
(admin : jika ingin dapatkan konsultansi tentang karakter indigo serta karakter lain secara peribadi, boleh hubungi admin di fitrasolusicentre@gmail.com atau sms ke 011-2217.2769)
Comments
Post a Comment