
Apa warna personaliti anak anda?
Admin adalah pengamal CVT (Color Vibration Therapy), dan sudah tentu admin ada belajar bab2 warna diri serta personaliti kita mengikut warna. Pembelajaran adalah berdasarkan ilmu fizik, kimia dan al quran, sudah semestinya, dan admin tidak bercadang untuk bercakap panjang lebar bab ni kat ruangan ni. Boleh google artikel berkaitan untuk info lanjut.
Apa yang admin nak share adalah, kaedah warna diri boleh digunakan bagi melihat karakter, potensi diri dan jenis penyakit dialami tubuh seseorang itu sejak lahir sehingga akhir hayatnya. Dalam konteks membesarkan anak2, admin menggunakan kaedah ini untuk mendidik anak2 mengikut personaliti mereka. Justeru, pembelajaran mereka tidak diseragamkan kerana setiap anak2 mempunyai personaliti berbeza (sepertimana kembar siam juga mempunyai cop jari yang berbeza), sudah tentu, cara setiap individu amat unik mengikut ciptaannya.
Cpntohnya, mengapa anak sulung kita lebih mudah mendengar kata berbanding anak kedua yang lebih aktif kelakuannya? atau dalam pengalaman admin sendiri, anak kedua lebih fokus berbanding si sulung yang lebih mudah hilang daya tumpuan apabila sedang belajar. Adakah ia bermakna anak kita tidak pandai berbanding yang seorang lagi? - tidak -
Dan berita baiknya, setiap anak, jika kena caranya akan lebih mudah ditangani. Soalnya sanggupkah kita untuk tidak memilih jalan pintas dalam perkara ini? sesuatu yang admin sentiasa sangkal sejak dulu lagi - peperiksaan tidak menentukan tahap kebijaksanaan kanak-kanak tersebut. Sudah tentu, daya survival setiap kanak2 tidak sama di antara si ulat buku dengan si lincah yang suka bermain sukan. Itu belum lagi dibandingkan dengan si kreatif yang pandai dengan alatan muzik atau bijak mereka cipta sesuatu perkara.
Menurut Color Vibration Therapy, setiap manusia mempunyai 1 daripada 4 warna unsur iaitu putih, biru, hijau atau biru

SPIRITUAL / ANGIN / SYARIAT - PUTIH
Anda merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai bidang. Berjaya dalam bidang akademik. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan potensi menaikkan semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Cekal serta tabah dalam mengharungi perjuangan hidup. Amat berminat dalam seni muzik.
EMOSI / API / TARIQAT - MERAH JAMBU
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif.
MENTAL / AIR / HAKIKAT - HIJAU
Anda seorang yag kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Anda amat bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak-kerja. Selain dari itu anda bijak dalam membuat perkiraan dan untung rugi. Dari segi pergaulan anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah dan mudah mengingati seseorang.
FIZIKAL / TANAH / MAKRIFAT - BIRU
Anda seorang intelektual dan berjaya dalam akademik. Anda juga seorang yang agresif dan mempunyai pandangan jauh. Keterampilan anda penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup. Anda layak menjadi pemimpin kerana ketegasan serta kecekalan anda. Selain itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengkagumkan terutama bersukan serta kerja berat.
*dengan kaedah Dianosis Kinesiologi oleh Colour Vibration Therapy, anda boleh mengetahui warna perisai diri anda*
Dalam amalan CVT, warna diri adalah warna yang diketahui melalui kaedah diagnos dan ia menggambarkan potensi diri dan bakat seseorang individu
Manakala, warna sistem tubuh ditentukan melalui kaedah perkadaran matriks pernomboran tarikh lahir seseorang individu untuk mengetahui potensi penyakit dialami individu



warna sistem tubuh untuk mengetahui potensi penyakit dan fungsi tubuh
Mungkin ada yang pernah dengar pasal cakra diri, dan sebagainya, admin tidak menolak keserentakan yang berlaku antara kajian2 daripada pengamal ilmu2 metafizik yang lain dengan CVT, cuma diingatkan, ilmu CVT adalah satu2nya ilmu sains metafizik yang menggunakan al quran sebagai pembuktian dalam sebarang formula yang digunakan
Pengalaman admin sendiri, anak2 admin lebih mudah diuruskan mengikut karakter mereka, dan sekarang admin lebih faham bagaimana mengatasi situasi yang dibawa setiap anak2 dalam proses pembesaran mereka. Diakui, admin juga mempunyai seorang anak indigo yang sedang membesar, dan agak mencabar cara mengendalikannya tetapi tidak mustahil untuk kita tangani dengan adanya ilmu di dada, inshaAllah!
(Admin : buat yang inginkan konsultansi tentang warna diri anak2 anda secara peribadi, boleh hubungi admin untuk temujanji khas. emel admin di : fitrasolusicentre@gmail.com atau sms ke : 011-2217.2769)
Comments
Post a Comment