Skip to main content

Memahami gaya anak anda belajar mengikut karakter mereka



Stress anak2 susah nak beri tumpuan semasa belajar?
Lepas tu result exam pun tak memberangsangkan?

Untuk pengetahuan parents sekelian, karakter manusia sebenarnya terbahagi kepada 4 : (sumber : Buku Quantum Learning)

1- Visual
Kanak2 visual lazimnya suka kepada warna2 objek, dan tajam penglihatan mereka. Mereka gemar melihat wajah pendidik, dan lebih menumpukaan kepada personaliti dan penampilan pendidik di hadapan mereka, berbanding apa yang diajarkan (ini jenis suka cikgu cantik2, ataupun alat bantu mengajar yang bewarna warni) Digalakkan supaya meletakkan mereka di bahagian depan supaya dapat melihat dengan jelas. Mereka juga berfikir menggunakan objek2 di fikiran dan lebih cepat faham jika dibantu dengan tampilan visual seperti diagram, buku pelajaran bergambar dan video. 

Ciri-ciri mereka ialah : 
  • Bercakap dengan agak cepat
  • Mementingkan penampilan dalam berpakaian
  • Tidak mudah terganggu dengan suasana bising
  • Lebih suka membaca daripada dibacakan
  • Pembaca yang cepat dan tekun
  • Sering mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tak pandai memilih kata2
  • Lebih suka berdemonstrasi daripada berpidato
  • Lebih suka muzik daripada seni
  • Mempunyai masalah untuk mengingat arahan lisan kecuali ditulis, dan sering minta bantuan orang untuk mengulangi arahan

Cara untuk mempermudahkan proses pembelajaran anak jenis ini adalah :
  • Gunakan material visual (gambar, warna, diagram, peta)
  • Gunakan warna 
  • Ajak mereka membaca buku berilustrasi
  • Gunakan multi media (komputer, video)
  • Ajak anak untuk mencuba mentrasformkan ideanya ke dalam bentuk gambar (aktiviti lukisan umpamanya!)

2- Audio (belajar melalui pendengaran)

Anak jenis ini biasanya lebih cepat belajar melalui perbincangan, dan suka mendengar apa yang dikatakan pendidik mereka. Mereka peka terhadap nada, tona suara. Lazimnya mereka lebih gemar mendengar, kurang menulis dan lebih cepat menghafal menggunakan kaset atau bantuan bunyian.

Ciri - ciri mereka ialah :
  • Suka bekerja bersendirian 
  • Suka bercakap sendiri
  • Penampilan kemas
  • Mudah terganggu dengan bunyi bising
  • Senang membaca dengan suara yang kuat
  • Menggerakkan bibir ketika menulis / ketika membaca
  • Pembicara yang fasih 
  • Lebih suka berbual daripada membaca komik
  • Lebih pandai mengeja daripada menulis
  • Mempunyai kesukaran dengan pekerjaan yang melibatkan visual
  • Berbicara dengan irama yang terpola
  • Dapat mengulangi kembali dengan meniru nada berima dan tona suara


Cara untuk mempermudahkan proses pembelajaran anak jenis ini adalah :
  • Ajak anak untuk mengambil bahagian dalam perbincangan 
  • Dorong emreka membaca dengan kuat
  • Gunakan muzik untuk mengajar
  • Bincang secara lisan dengan mereka
  • Biar mereka merakam bahan bacaan atau pelajaran dalam bentuk kaset kerana dia akan terdorong untuk mengulangi mendengarkannya semula selepas itu

3- Kinestetik (pergerakan)

Mata memandang ke bawah apabila bercakap, dan bercakap dengan lebih lambat. Cara belajar adalah melalui pergerakan dan tidak boleh duduk diam. Anak ini cepat bosan dengan satu-satu perkara yang lama dan mudah memberontak. Cara belajar ialah melalui gerakan dan sentuhan

Ciri - ciri mereka ialah :
  • Bercakap dengan perlahan
  • Penampilan yang kemas
  • Tidak mudah terganggu dengan situasi yang agak bising
  • Belajar melalui memanipulasi dan latihan
  • Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
  • Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
  • Merasa sukar untuk menulis namun hebat dalam bercerita
  • Menyukai buku dan mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh ketika membaca
  • Menyukai permainan yang menyibukkan
  • Tidak dapat mengingat geografi, melainkan pernah berada di situ
  • Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka
  • Menggunakan kata-kata yang mengandungi aksi

Cara untuk mempermudahkan proses pembelajaran anak jenis ini adalah :
  • Jangan paksa mereka belajar sehingga berjam - jam (mudah bosan)
  • Ajak anak belajar dengan mengekplorasi lingkungannya 
  • Izinkan anak untuk mengunyah semasa belajar
  • Gunakan warna terang untuk hal-hal penting dalam bacaan
  • Izinkan anak mendengar muzik sambil belajar

4-Digital

Anak jenis ini biasanya digelar ulat buku ataupun minah library.. haha! boleh anda bayangkan tak karakter jenis ni memang yang paling diam, tekun dan sangat suka belajar. Memang lah, cikgu paling suka anak yang karakternya begini kerana mudah diuruskan. Namun, mereka juga sebenarnya terlalu sukar untuk tumpukan perhatian, dengan hanya sedikit gangguan 

Ciri - ciri mereka ialah :
  • Sangat kemas dalam penampilan
  • Takut langgar peraturan
  • Sukakan suasana yang amat senyap
  • Sangat mudah terganggu dengan sebarang bunyian dan keadaan riuh
  • Suka bersendiri
  • Tidak gemar bersosial
  • Suka memerhati daripada bercakap
Cara untuk mempermudahkan proses pembelajaran anak jenis ini ialah :
  • Sediakan suasana pembelajaran yang tenang untuknya
  • Ajak dia berbual perkara yang melibatkan isu dan cara menyelesaikannya (beri mereka ruang untuk berfikir dan menyumbangkan idea)
  • Dedahkannya kepada proses membuat keputusan - anak jenis ini amat kuat menganalisa, bijak, berpandangan jauh dan bernas idea mereka


Comments

Popular posts from this blog

Colored Sand Art : Bagaimana ia membantu meningkatkan perkembangan anak anda

Pernah tengok / dedahkan anak2 anda dengan aktiviti ini? Jarang? Tak pernah? Ni antara aktiviti yang diperkenalkan di Fitra Kids Studio pada mid term break kali ni. (sila rujuk post sebelumnya untuk info lanjut). Antara faedah daripada aktiviti ini ialah : 1- Menggalakkan anak - anak mengenal warna 2- Meningkatkan Skill Motor 3- Meningkatkan Kecekapan Penglihatan (Mata) 4- Melibatkan Kemahiran Perancangan dan Pengurusan 5- Meningkatkan Daya Imaginasi 6- Menawarkan Peluang kepada Kanak-Kanak untuk Membuat Pilihan Nak tengok hasil2 menarik colored sand art?

Mengenalpasti Kanak Kanak Indigo

Sumber : Wikipedia Artikel atau bahagian dalam artikel ini menggunakan  gaya bahasa naratif  yang tidak sesuai dengan Wikipedia sehingga menurunkan kualiti artikel ini. Bantulah Wikipedia memperbaikinya. Setelah dirapikan, tolonglah hapuskan pesan ini. Kanak-kanak indigo  atau  anak indigo ,  anak nila  (Bahasa Inggeris:  Indigo Children ) ialah konsep  Zaman Baru   kanak-kanak  yang terbaru lahir di dunia ini. Anak ini memiliki sifat yang unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Istilah  indigo  (biru nila) ini menunjukkan warna  aura  dalam warna kehidupan mereka. Indigo sendiri juga terkait dengan indera keenam yang terletak pada cakra mata ketiga yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam generasi ini melebihi kemampuan orang kebanyakan. Banyak dari mereka memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalam...

Kepentingan Menggalakkan Anak Berkreativiti

Pernahkah anda melihat anak-anak anda mewarna, melukis, menampal, menggunting atau pun mencantum? Bagaimana rupa mereka pada ketika itu? Anda pasti dapat melihat betapa fokusnya mereka ketika mereka mahu mewarna agar ia tidak keluar dari garisan atau mencampurkan warna kegemaran mereka agar ianya nampak cantik dan menarik. Sungguh bebas mereka waktu itu! Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini. Ada yang tidak pernah pun membenarkan anak-anak mewarna menggunakan warna air dan bebas melukis di atas kertas. Ibu bapa mungkin khuatir anak-anak akan membuat sepah. Namun bukankah kita boleh masukkan nilai-nilai murni seperti mengemas selepas menggunakannya dan menjadikannya syarat jika mahu menggunakan warna air. Berikut adal...