Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Semua Anak2 Adalah Pintar!

Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua  kanak-kanak adalah pintar , hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain” Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 42 cara terbaik untuk mencungkil keistimewaan mereka:- 1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati. 2- Dedahkan  anak   anda   kepada  pengalaman yang  pelbagai . Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Janga...

Membina Kemahiran Kendiri (Cognitive Skill Development)

Bismillah Assalamualaikum Hari ni nak membebel, plus nak berkempen! Haha! Admin sebenarnya tengah fikir idea aktiviti apa lagi nak main dengan anak2 admin. Tetiba ja my brain macam ada bunyi 'toing!' .. haha! Ok, this january 2015, by 10/1/2015 (sabtu), admin akan anjurkan science class...best woo!!! Jap ea, admin dok copy paste dari fb admin.. haha! (pemalas benau nak menaip eh) : -  Bismillah... BUAT IBU BAPA YANG BERMINAT MEMBERI PENDEDAHAN BARU KEPADA ANAK2 ANDA : MESTI BACA InshaAllah, kelas playgroup siri 2 bakal berlangsung pada : Tarikh dan Masa : 10 Januari 2014 (Sabtu, 9.00 pagi - 11.00 tengahari) Lokasi : No. 3100, Taman PKNK, Alor Setar (tepi giant) 1- Water Bottle Fountain (Group A) 2- Jelly Fish in a Bottle (Group A) 3- Monster Toothpaste (Group B) 4- A Volcano (Group B) Modul pada hari tersebut : InshaAllah, 2 aktiviti akan diajar dalam tempoh 2 jam, kepada 2 group (Group A : 3 - 7 tahun) dan (Group B : 8 tahun ke atas), pada hari ...

Its an Art Class!!! Yeay!!!

Kalau teringin nak try dulu boleh roger admin k! Projek Cuti Sekolah Disember 2014 Contoh Modul Its december, Alhamdulillah...jadi jugak buat kelas art ni Sambutan sangat memberangsangkan ... Tak sempat nak update aktiviti kami sepanjang Disember Masih ada 2 lagi modul sebelum tutup tirai tahun ni... InshaAllah, tahun depan, macam2 lagi nak dibuat... Anda berminat? boleh pm admin di nombor kat poster tu.. apa2 jom jamu mata tengok gelagat si cilik fitrakidsudio! buat chicken Butterfly in the house! Sorry.. berlambak lagi gambar dalam fon sebenarnya... Nantila admin cuci dan kemas telefon ya.. Kita share kat sini okes!! Tata!

Memahami gaya anak anda belajar mengikut karakter mereka

Stress anak2 susah nak beri tumpuan semasa belajar? Lepas tu result exam pun tak memberangsangkan? Untuk pengetahuan parents sekelian, karakter manusia sebenarnya terbahagi kepada 4 : (sumber : Buku Quantum Learning) 1- Visual Kanak2 visual lazimnya suka kepada warna2 objek, dan tajam penglihatan mereka. Mereka gemar melihat wajah pendidik, dan lebih menumpukaan kepada personaliti dan penampilan pendidik di hadapan mereka, berbanding apa yang diajarkan (ini jenis suka cikgu cantik2, ataupun alat bantu mengajar yang bewarna warni) Digalakkan supaya meletakkan mereka di bahagian depan supaya dapat melihat dengan jelas. Mereka juga berfikir menggunakan objek2 di fikiran dan lebih cepat faham jika dibantu dengan tampilan visual seperti diagram, buku pelajaran bergambar dan video.  Ciri-ciri mereka ialah :  Bercakap dengan agak cepat Mementingkan penampilan dalam berpakaian Tidak mudah terganggu dengan suasana bising Lebih suka membaca daripada dibacak...