Skip to main content

Membina Kemahiran Kendiri (Cognitive Skill Development)


Bismillah

Assalamualaikum

Hari ni nak membebel, plus nak berkempen!

Haha!

Admin sebenarnya tengah fikir idea aktiviti apa lagi nak main dengan anak2 admin. Tetiba ja my brain macam ada bunyi 'toing!' .. haha!

Ok, this january 2015, by 10/1/2015 (sabtu), admin akan anjurkan science class...best woo!!! Jap ea, admin dok copy paste dari fb admin.. haha! (pemalas benau nak menaip eh) : - 


Bismillah...
BUAT IBU BAPA YANG BERMINAT MEMBERI PENDEDAHAN BARU KEPADA ANAK2 ANDA : MESTI BACA
InshaAllah, kelas playgroup siri 2 bakal berlangsung pada :

Tarikh dan Masa : 10 Januari 2014 (Sabtu, 9.00 pagi - 11.00 tengahari)
Lokasi : No. 3100, Taman PKNK, Alor Setar (tepi giant)
1- Water Bottle Fountain (Group A)
2- Jelly Fish in a Bottle (Group A)
3- Monster Toothpaste (Group B)
4- A Volcano (Group B)

Modul pada hari tersebut :
InshaAllah, 2 aktiviti akan diajar dalam tempoh 2 jam, kepada 2 group (Group A : 3 - 7 tahun) dan (Group B : 8 tahun ke atas), pada hari tersebut.
Yuran hanya RM27 sahaja
Boleh pm jika berminat. Tempat TERHAD HANYA 10 ORANG BAGI SETIAP KUMPULAN

Ok. Kita sambung cerita.. Tujuan admin buat kelas ni, adalah untuk mengasah kemahiran kendiri anak2 kita. Omputih panggil Cognitive Skill Development

Janganla asyik pandang report card diorang ja.. Kesian bebudak stress tau! So, apa itu kemahiran kendiri?

Ia adalah sesuatu gambaran atau pandangan yang dibina berkaitan diri sendiri. Gambaran itu disebut konsep kendiri atau imej kendiri, merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi seseorang individu dengan orang lain.

So, apa pentingnya konsep kendiri kepada anak2 kita? - tentulah penting! sebab, dengan keupayaan mereka membina konsep kendiri yang positif melalui tingkah laku semasa berkomunikasi dengan orang lain, mereka mampu membentuk peribadi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)

Secara amnya, aktiviti2 yang admin cuba ketengahkan melalui kelas sains ni adalah untuk menggalakkan pembinaan konsep kendiri yang positif kepada anak2 kita, melalui rangsangan untuk mereka berfikir apabila melibatkan sedikit teori sains dalam aktiviti yang dilakukan, di samping cara untuk mendengar arahan pengajar apabila melakukan eksperimen, dan cara berkomunikasi dengan rakan2 sebaya dalam bekerjasama membina eksperimen tersebut. Apabila fokus utamanya adalah kepada hasil eksperimen, sebenarnya kurang tumpuan akan diberikan kepada cara berkomunikasi yang negatif (seperti bergaduh misalnya) kerana kebanyakan anak2 akan leka dan amat fokus untuk menjayakan eksperimen yang dijalankan.

Pelbagai sifat positif juga dapat dibentuk dengan memastikan anak2 dapat bekerjasama sesama mereka, mampu mendengar dan mengikuti arahan, mampu berfikir dengan lebih cepat, mudah menerima rangsangan melalui kaedah pembelajaran yang bersifatkan eksperimentasi dan mampu respon dengan pantas terhadap keadaan sekeliling. InshaAllah, kelas ini adalah amat2 berbaloi untuk anda libatkan anak2 anda bagi membentuk peribadi yang positif kepada mereka

Jangan lupa pm/whatsapp saya di 012-504.9358 jika berminat nak join k! (jika anda di luar alor setar dan ingin join juga, boleh jadi host di rumah masing2. pm saya jika berminat!)

Comments

Popular posts from this blog

Ajar Anak-Anak Anda Kenal Huruf ABC

Sumber : PAMA Karangkraf Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis. Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca. Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak. Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah g...

Colored Sand Art : Bagaimana ia membantu meningkatkan perkembangan anak anda

Pernah tengok / dedahkan anak2 anda dengan aktiviti ini? Jarang? Tak pernah? Ni antara aktiviti yang diperkenalkan di Fitra Kids Studio pada mid term break kali ni. (sila rujuk post sebelumnya untuk info lanjut). Antara faedah daripada aktiviti ini ialah : 1- Menggalakkan anak - anak mengenal warna 2- Meningkatkan Skill Motor 3- Meningkatkan Kecekapan Penglihatan (Mata) 4- Melibatkan Kemahiran Perancangan dan Pengurusan 5- Meningkatkan Daya Imaginasi 6- Menawarkan Peluang kepada Kanak-Kanak untuk Membuat Pilihan Nak tengok hasil2 menarik colored sand art?