Skip to main content

Semua Anak2 Adalah Pintar!




Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua kanak-kanak adalah pintar, hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain”

Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 42 cara terbaik untuk mencungkil keistimewaan mereka:-

1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati.

2- Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa anak anda tiada kelebihan di dalam sesuatu bidang jika dia belum menunjukkan minat.

3- Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. Jika ia dipaksa melakukan sesuatu tanpa kesilapan, ia akan membesar tanpa berani mengambil risiko yang sepatutnya untuk mencari dan mengembangkan keistimewaannya.

4- Kemukakan pertanyaan. Bantu anak anda menjelajah keajaiban alam ini dengan bertanya kepadanya soalan-soalan yang merangsangkan pemikiran. Contohnya; Kenapa langit berwarna biru? Cari jawapannya bersama-sama anak anda.

5- Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga. Perkongsian kreativiti boleh membangkit dan mengembangkan bakat baru.

6- Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar. Jika anak-anak dihantar untuk pelajaran khas setiap hari dengan harapan untuk mengembangkan keistimewaannya, mereka mungkin akan menjadi terlalu tertekan dan letih untuk menyerlah. Beri galakan tetapi jangan memberi tekanan.

7- Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.

8- Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.  Dedahkan gambaran kejayaan kepada anak anda dengan membawanya ke tempat anda bekerja. Biarkan anak anda melihat anda melakukan aktiviti yang bermakna dan benarkan dia terlibat dalam aktiviti tersebut.

9- Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria. Sediakan bahan-bahan di rumah yang boleh menggalakkan perkembangan deria pendengaran, sentuhan, penglihatan, rasa dan bau. Contohnya adalah seperti cat jari, boneka tangan dan alat-alat bunyian.

10- Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.

11- Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya.

12. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.

13. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.

14.- Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.

15- Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.

16. Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.

17. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan. Ia mungkin akan berputus asa untuk mengembangkan bakatnya.

18. Bermainlah dengan anak anda untuk menunjukkan sifat periang anda.

19.Berkongsilah kejayaan bersama keluarga. Adakan sesi berbincang berkenaan perkara baik yang terjadi setiap hari untuk meningkatkan keyakinan  diri

20. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.

21.Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.

22 – Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.

23Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.

24- Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.

25- Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had). Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.

26- Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.

27-Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.

28. Elakkan merasuah anak anda untuk belajar. Berbuat demikian akan memberi mesej bahawa pembelajaran itu bukan sesuatu yang memberi kepuasan sendiri.

29. Cadangkan anak anda untuk menyertai perkumpulan yang memfokus pada bakat semulajadinya.

30. Bincangkan berita-berita semasa untuk mencetus minatnya.

31. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.

32. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.
33. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.

34. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.

35. Berikan hadiah yang boleh menyuburkan kekuatan bakat anak anda.

36. Galakkan anak anda untuk berfikir tentang masa depannya. Sokong cita-citanya tanpa memaksanya untuk menjurus kepada bidang-bidang yang terlalu spesifik.

37. Perkenalkan anak anda kepada orang yang berperwatakan menarik dan hebat.

38. Jadikan rumah anda sebagai tempat belajar. Contohnya, dapur boleh dijadikan tempat belajar matematik dan sains melalui aktiviti memasak.

39. Kongsi perasaan. Bakat anak anda mungkin terus dipendam jika emosinya tertekan.

40. Galakkan anak anda membaca.

41. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.

42. Adakan aktiviti bersama-sama anak anda di dalam bidang-bidang yang ia minati.

(Artikel asal 42 Cara Mencungkil Keistimewaan & Kepintaran Anak Anda ini ditulis oleh Thomas Amstrong, Phd. Diterbitkan oleh majalah Family Circle, February 2, 1993. Terjemahan dan olahan oleh S.Anuar)

ps : admin ada buat playgroup di Alor Setar untuk ibu bapa yang berminat nak hantar anak2 belajar secara bermain. Lazimnya ada art class, science experiment class dan parenting talk juga.. jika berminat boleh whatsapp admin di 012-504.9358.. Terima Kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Ajar Anak-Anak Anda Kenal Huruf ABC

Sumber : PAMA Karangkraf Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis. Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca. Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak. Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah g...

Membina Kemahiran Kendiri (Cognitive Skill Development)

Bismillah Assalamualaikum Hari ni nak membebel, plus nak berkempen! Haha! Admin sebenarnya tengah fikir idea aktiviti apa lagi nak main dengan anak2 admin. Tetiba ja my brain macam ada bunyi 'toing!' .. haha! Ok, this january 2015, by 10/1/2015 (sabtu), admin akan anjurkan science class...best woo!!! Jap ea, admin dok copy paste dari fb admin.. haha! (pemalas benau nak menaip eh) : -  Bismillah... BUAT IBU BAPA YANG BERMINAT MEMBERI PENDEDAHAN BARU KEPADA ANAK2 ANDA : MESTI BACA InshaAllah, kelas playgroup siri 2 bakal berlangsung pada : Tarikh dan Masa : 10 Januari 2014 (Sabtu, 9.00 pagi - 11.00 tengahari) Lokasi : No. 3100, Taman PKNK, Alor Setar (tepi giant) 1- Water Bottle Fountain (Group A) 2- Jelly Fish in a Bottle (Group A) 3- Monster Toothpaste (Group B) 4- A Volcano (Group B) Modul pada hari tersebut : InshaAllah, 2 aktiviti akan diajar dalam tempoh 2 jam, kepada 2 group (Group A : 3 - 7 tahun) dan (Group B : 8 tahun ke atas), pada hari ...

Colored Sand Art : Bagaimana ia membantu meningkatkan perkembangan anak anda

Pernah tengok / dedahkan anak2 anda dengan aktiviti ini? Jarang? Tak pernah? Ni antara aktiviti yang diperkenalkan di Fitra Kids Studio pada mid term break kali ni. (sila rujuk post sebelumnya untuk info lanjut). Antara faedah daripada aktiviti ini ialah : 1- Menggalakkan anak - anak mengenal warna 2- Meningkatkan Skill Motor 3- Meningkatkan Kecekapan Penglihatan (Mata) 4- Melibatkan Kemahiran Perancangan dan Pengurusan 5- Meningkatkan Daya Imaginasi 6- Menawarkan Peluang kepada Kanak-Kanak untuk Membuat Pilihan Nak tengok hasil2 menarik colored sand art?