Skip to main content

Ajar Anak-Anak Anda Kenal Huruf ABC





Sumber : PAMA Karangkraf


Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.

Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.

Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. 
3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca. 
5. Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Colored Sand Art : Bagaimana ia membantu meningkatkan perkembangan anak anda

Pernah tengok / dedahkan anak2 anda dengan aktiviti ini? Jarang? Tak pernah? Ni antara aktiviti yang diperkenalkan di Fitra Kids Studio pada mid term break kali ni. (sila rujuk post sebelumnya untuk info lanjut). Antara faedah daripada aktiviti ini ialah : 1- Menggalakkan anak - anak mengenal warna 2- Meningkatkan Skill Motor 3- Meningkatkan Kecekapan Penglihatan (Mata) 4- Melibatkan Kemahiran Perancangan dan Pengurusan 5- Meningkatkan Daya Imaginasi 6- Menawarkan Peluang kepada Kanak-Kanak untuk Membuat Pilihan Nak tengok hasil2 menarik colored sand art?

Mengenalpasti Kanak Kanak Indigo

Sumber : Wikipedia Artikel atau bahagian dalam artikel ini menggunakan  gaya bahasa naratif  yang tidak sesuai dengan Wikipedia sehingga menurunkan kualiti artikel ini. Bantulah Wikipedia memperbaikinya. Setelah dirapikan, tolonglah hapuskan pesan ini. Kanak-kanak indigo  atau  anak indigo ,  anak nila  (Bahasa Inggeris:  Indigo Children ) ialah konsep  Zaman Baru   kanak-kanak  yang terbaru lahir di dunia ini. Anak ini memiliki sifat yang unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Istilah  indigo  (biru nila) ini menunjukkan warna  aura  dalam warna kehidupan mereka. Indigo sendiri juga terkait dengan indera keenam yang terletak pada cakra mata ketiga yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam generasi ini melebihi kemampuan orang kebanyakan. Banyak dari mereka memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalam...

Kepentingan Menggalakkan Anak Berkreativiti

Pernahkah anda melihat anak-anak anda mewarna, melukis, menampal, menggunting atau pun mencantum? Bagaimana rupa mereka pada ketika itu? Anda pasti dapat melihat betapa fokusnya mereka ketika mereka mahu mewarna agar ia tidak keluar dari garisan atau mencampurkan warna kegemaran mereka agar ianya nampak cantik dan menarik. Sungguh bebas mereka waktu itu! Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini. Ada yang tidak pernah pun membenarkan anak-anak mewarna menggunakan warna air dan bebas melukis di atas kertas. Ibu bapa mungkin khuatir anak-anak akan membuat sepah. Namun bukankah kita boleh masukkan nilai-nilai murni seperti mengemas selepas menggunakannya dan menjadikannya syarat jika mahu menggunakan warna air. Berikut adal...