Pernahkah anda melihat anak-anak anda mewarna, melukis, menampal, menggunting atau pun mencantum? Bagaimana rupa mereka pada ketika itu? Anda pasti dapat melihat betapa fokusnya mereka ketika mereka mahu mewarna agar ia tidak keluar dari garisan atau mencampurkan warna kegemaran mereka agar ianya nampak cantik dan menarik. Sungguh bebas mereka waktu itu! Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini. Ada yang tidak pernah pun membenarkan anak-anak mewarna menggunakan warna air dan bebas melukis di atas kertas. Ibu bapa mungkin khuatir anak-anak akan membuat sepah. Namun bukankah kita boleh masukkan nilai-nilai murni seperti mengemas selepas menggunakannya dan menjadikannya syarat jika mahu menggunakan warna air. Berikut adal...
Comments
Post a Comment