Adakah kita tahu anak kita adalah anak indigo ataupun tidak? Jika kita menyedarinya dari awal, adalah lebih mudah, sebenarnya Malah, kita amat beruntung mempunyai anak indigo (dalam kes admin, admin adalah ibu yang juga merupakan watak indigo, dan anak kedua admin juga anak indigo), Boleh baca artikel berkaitan untuk info lebih lanjut. Apa yang admin nak share ialah, melalui ilmu dalam CVT, admin mempelajari bahawa golongan berwarna biru (makrifat) adalah golongan yang mempunyai kelebihan serupa. Nabi Adam as adalah daripada warna biru, yang mewakili unsur tanah (sudah tentulah, kerana baginda diciptakan daripada tanah) dan merupakan golongan yang membawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Justeru, golongan ini adalah golongan pemimpin dan sangat diperlukan (tanah adalah sumber kekuatan dan paksi kepada unsur2 lain) Keadaan biru yang berdikari, mampu mendokong, bersifat sebagai pemimpin secara semulajadi, bijak dalam akademik, dan be...