Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Semua Anak2 Adalah Pintar!

Kajian di Universiti Harvard mendapati bahawa kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang iaitu bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial. Seperti kata seorang cendikiawan, “Semua  kanak-kanak adalah pintar , hanya sesetengah dari mereka memperlihatkannya sedikit lewat dari yang lain” Anda boleh memainkan peranan yang amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat yang sedia ada melalui pengalaman yang anda berikan kepada anak-anak anda di rumah. Senarai di bawah adalah 42 cara terbaik untuk mencungkil keistimewaan mereka:- 1- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih diwaktu lapang.  Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda tentang bidang yang ia paling minati. 2- Dedahkan  anak   anda   kepada  pengalaman yang  pelbagai . Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Janga...

Membina Kemahiran Kendiri (Cognitive Skill Development)

Bismillah Assalamualaikum Hari ni nak membebel, plus nak berkempen! Haha! Admin sebenarnya tengah fikir idea aktiviti apa lagi nak main dengan anak2 admin. Tetiba ja my brain macam ada bunyi 'toing!' .. haha! Ok, this january 2015, by 10/1/2015 (sabtu), admin akan anjurkan science class...best woo!!! Jap ea, admin dok copy paste dari fb admin.. haha! (pemalas benau nak menaip eh) : -  Bismillah... BUAT IBU BAPA YANG BERMINAT MEMBERI PENDEDAHAN BARU KEPADA ANAK2 ANDA : MESTI BACA InshaAllah, kelas playgroup siri 2 bakal berlangsung pada : Tarikh dan Masa : 10 Januari 2014 (Sabtu, 9.00 pagi - 11.00 tengahari) Lokasi : No. 3100, Taman PKNK, Alor Setar (tepi giant) 1- Water Bottle Fountain (Group A) 2- Jelly Fish in a Bottle (Group A) 3- Monster Toothpaste (Group B) 4- A Volcano (Group B) Modul pada hari tersebut : InshaAllah, 2 aktiviti akan diajar dalam tempoh 2 jam, kepada 2 group (Group A : 3 - 7 tahun) dan (Group B : 8 tahun ke atas), pada hari ...

Its an Art Class!!! Yeay!!!

Kalau teringin nak try dulu boleh roger admin k! Projek Cuti Sekolah Disember 2014 Contoh Modul Its december, Alhamdulillah...jadi jugak buat kelas art ni Sambutan sangat memberangsangkan ... Tak sempat nak update aktiviti kami sepanjang Disember Masih ada 2 lagi modul sebelum tutup tirai tahun ni... InshaAllah, tahun depan, macam2 lagi nak dibuat... Anda berminat? boleh pm admin di nombor kat poster tu.. apa2 jom jamu mata tengok gelagat si cilik fitrakidsudio! buat chicken Butterfly in the house! Sorry.. berlambak lagi gambar dalam fon sebenarnya... Nantila admin cuci dan kemas telefon ya.. Kita share kat sini okes!! Tata!

Memahami gaya anak anda belajar mengikut karakter mereka

Stress anak2 susah nak beri tumpuan semasa belajar? Lepas tu result exam pun tak memberangsangkan? Untuk pengetahuan parents sekelian, karakter manusia sebenarnya terbahagi kepada 4 : (sumber : Buku Quantum Learning) 1- Visual Kanak2 visual lazimnya suka kepada warna2 objek, dan tajam penglihatan mereka. Mereka gemar melihat wajah pendidik, dan lebih menumpukaan kepada personaliti dan penampilan pendidik di hadapan mereka, berbanding apa yang diajarkan (ini jenis suka cikgu cantik2, ataupun alat bantu mengajar yang bewarna warni) Digalakkan supaya meletakkan mereka di bahagian depan supaya dapat melihat dengan jelas. Mereka juga berfikir menggunakan objek2 di fikiran dan lebih cepat faham jika dibantu dengan tampilan visual seperti diagram, buku pelajaran bergambar dan video.  Ciri-ciri mereka ialah :  Bercakap dengan agak cepat Mementingkan penampilan dalam berpakaian Tidak mudah terganggu dengan suasana bising Lebih suka membaca daripada dibacak...

Bento oh Bento!

Hi! Again, bout food (angin nak update pasal makanan untuk kids) Sebenarnya, senang ja nak tarik minat anak2 supaya makan bekal yang dibawa... Jom jamu mata dan berlatih cara nak buat plating yang cute2 macam kat bawah ni! Amacam? Selamat mencuba mummies sekelian! (jom bangun awal sikit siapkan bekal anak lepas ni :-)

Anak Tak Suka Sayur?

Nampaknya ramai ibu yang mengeluh sebab anak diorang tak nak makan sayur.  Jadi, admin kongsikan sikit cara-cara yang diamalkan, mana tahu boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu semua.  kombinasi warna yang menarik bakal menarik perhatian anak Pertama  jangan amik remeh soal pemakanan anak.  Ini maksudnya, kalau anak kita tak nak makan, kita pun acuh tak acuh nak sediakan sayur dalam menu harian kita. Jangan ada  mindset  yang  bukannya budak ni nak makan sayur pun, tak masak pun tak apa, tak payah beli pun tak apa. Kena istiqamah,  sediakan sayur dalam setiap kali masa makan.  Pastinya anak akan perasan kehadiran sayur jika setiap kali masa makan sayur ada disediakan.  Kedua,  kena mulakan tabiat makan sayur sejak dari awal.  Seboleh-bolehnya semasa mengandung lagi ibu dah makan sayur. Semasa anak mula diajar makan, 6 bulan usianya,  pastikan bubur anak dimasukkan sekali dengan apa-apa sayur pilihan.  Masa ni, pa...

Barang Kemasan Daripada Pasta?

Nak cuba sesuatu yang menarik dan mudah dilakukan dengan hanya barangan daripada dapur anda? Jom try buat barang kemas, nak? Apa yang anda perlukan : 1- Pasta mentah 2- Ziplock bags 3- Pewarna makanan 4- Hand Sanitiser 5- Tisu Kertas Cara-caranya : Masukkan pasta ke dalam ziplock bag Picit sedikit hand sanitiser ke dalam beg Zipkan beg dan goncangkan beg supaya kesemua pasta sebati dengan campuran Buka semula beg dan masukkan beberapa titis pewarna makanan mengikut pilihan Keluarkan pasta dan letakkan atas tisu sehingga ia dikeringkan seketika waktu Bila dah siap, terus buat barang kemas kegemaran anda!

Button Arts : Teknik Mudah Ajar Angka dan Kenal Warna

   Suka buat art dengan butang warna warni? Bahan2 : Kertas lukisan Gam Butang Tak susah pun, cuma kita perlu sedikit kesabaran menunggu anak2 siapkan button art mereka. Itu jer Sambil2 menyusun tu, boleh minta mereka bilang berapa butang yang digunakan Boleh juga minta si kecil recognize warna butang2 yang digunakan Best kan? Tengok idea2 lain kat bawah ni jugak!            

Kanak Kanak Indigo Sukar Ditangani?

     Adakah kita tahu anak kita adalah anak indigo ataupun tidak? Jika kita menyedarinya dari awal, adalah lebih mudah, sebenarnya Malah, kita amat beruntung mempunyai anak indigo (dalam kes admin, admin adalah ibu yang juga merupakan watak indigo, dan anak kedua admin juga anak indigo), Boleh baca artikel berkaitan untuk info lebih lanjut. Apa yang admin nak share ialah, melalui ilmu dalam CVT, admin mempelajari bahawa golongan berwarna biru (makrifat) adalah golongan yang mempunyai kelebihan serupa. Nabi Adam as adalah daripada warna biru, yang mewakili unsur tanah (sudah tentulah, kerana baginda diciptakan daripada tanah) dan merupakan golongan yang membawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Justeru, golongan ini adalah golongan pemimpin dan sangat diperlukan (tanah adalah sumber kekuatan dan paksi kepada unsur2 lain) Keadaan biru yang berdikari, mampu mendokong, bersifat sebagai pemimpin secara semulajadi, bijak dalam akademik, dan be...

Mendidik Anak-Anak Melalui Warna Karakter Mereka

Apa warna personaliti anak anda? Admin adalah pengamal CVT (Color Vibration Therapy), dan sudah tentu admin ada belajar bab2 warna diri serta personaliti kita mengikut warna. Pembelajaran adalah berdasarkan ilmu fizik, kimia dan al quran, sudah semestinya, dan admin tidak bercadang untuk bercakap panjang lebar bab ni kat ruangan ni. Boleh google artikel berkaitan untuk info lanjut. Apa yang admin nak share adalah, kaedah warna diri boleh digunakan bagi melihat karakter, potensi diri dan jenis penyakit dialami tubuh seseorang itu sejak lahir sehingga akhir hayatnya. Dalam konteks membesarkan anak2, admin menggunakan kaedah ini untuk mendidik anak2 mengikut personaliti mereka. Justeru, pembelajaran mereka tidak diseragamkan kerana setiap anak2 mempunyai personaliti berbeza (sepertimana kembar siam juga mempunyai cop jari yang berbeza), sudah tentu, cara setiap individu amat unik mengikut ciptaannya. Cpntohnya, mengapa anak sulung kita lebih mudah mendengar kata berbanding anak ...

Ajar Anak-Anak Anda Kenal Huruf ABC

Sumber : PAMA Karangkraf Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis. Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca. Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak. Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah g...

Mengenalpasti Kanak Kanak Indigo

Sumber : Wikipedia Artikel atau bahagian dalam artikel ini menggunakan  gaya bahasa naratif  yang tidak sesuai dengan Wikipedia sehingga menurunkan kualiti artikel ini. Bantulah Wikipedia memperbaikinya. Setelah dirapikan, tolonglah hapuskan pesan ini. Kanak-kanak indigo  atau  anak indigo ,  anak nila  (Bahasa Inggeris:  Indigo Children ) ialah konsep  Zaman Baru   kanak-kanak  yang terbaru lahir di dunia ini. Anak ini memiliki sifat yang unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Istilah  indigo  (biru nila) ini menunjukkan warna  aura  dalam warna kehidupan mereka. Indigo sendiri juga terkait dengan indera keenam yang terletak pada cakra mata ketiga yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam generasi ini melebihi kemampuan orang kebanyakan. Banyak dari mereka memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalam...